Kami
 



Plot

Lynn ialah seorang gadis sekolah menengah yang meminati muzik indie dan berusaha untuk membantu mempopularkan muzik berkenaan dengan menerbit fanzine sendirinya yang bertajuk KAMI yang dibiayai melalui cara-cara yang luar biasa. Namun, cabaran paling getir menemui Lynn apabila dia sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur semata-mata kesalahan yang dilakukan Lyn sendiri. Setibanya di ibu kota, dia menemui empat orang kawan baru yang menghulurkan tangan mereka kepadanya untuk mencapai impiannya.

 

Oleh sebab empat kawan itu juga mengalami konflik peribadi sendiri, mereka berlima sedar bahawa mereka menjejaki jalan yang sama untuk mengenali diri dan tidak dapat lagi mengelakkan diri daripada meragui diri, hubungan, tekanan ibu bapa dan ketidakpuasan hidup dalam kebasian pinggir bandar. Oleh sebab tanggungjawab dewasa makin dekat untuk membebankan mereka, lima sekawan itu bersyukur kerana ada satu benda yang meringankan hati mereka – persahabatan mereka - dan iringan muzik yang melambangkan saat-saat paling mengelirukan dalam hidup mereka, iaitu usia remaja.


Gigs

Satu siri tiga konsert kecil KAMI diadakan di Central Square, Sungai Petani, Kedah (18 Ogos); JOTIC, Johor Bahru (25 Ogos); dan Planet Hollywood, Kuala Lumpur (8 September) sempena pelancaran projek KAMI. Acara ini menampilkan kumpulan pemuzik indie seperti Plague Of Happiness, Couple, Meet Uncle Hussain dan One Buck Short yang membuat persembahan di ketiga-tiga konsert serta barisan pemuzik lain yang berbeza dari setiap lokasi konsert yang diadakan.







Download

Drama Kami 01 - Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Drama Kami 02 - Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Drama Kami 03 - Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Drama Kami 04 - Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Drama Kami 05 - Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Drama Kami 06 - Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Drama Kami 07 - Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4
Drama Kami 08 - Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4



Your are listening...       
Kerjalah - Meet Uncle Hussein
 
  Today, there have been 14 visitors (67 hits) on this page!  
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free